2013/03/16

Mother

Assalammualaikum,

Watched a fantastic video about celebrating babies in Islam's ways. Interesting. When I watched it for 6:53 minutes. Something came to me. Having my own baby, one day. Hehe. Tengah perasan kejap.

Sunnah Rasulullah Sambut Bayi

While watching it. I rub my tummy and say :

Wahai, anak-anak ummi in the future. Ummi sayang korang dunia akhirat. Jaga ummi bebaik. Ummi tak sabar nak tengok korang satu hari nanti. Ummi tak sabar nak merasa 9 bulan mengandungkan anak-anak ummi. Ummi tak sabar nak lahirkan anak-anak ummi, satu hari nanti. Tak sabar nak pegang dan dengar tangisan korang. Walaupun kesabaran diuji ketika kamu hendak membesar. Ummi akan berusaha menjaga korang. Ummi minta. Beriman pada yang satu, ye anak-anak ummi. Belajar pandai-pandai. Bukan sahaja ilmu dunia, tapi ilmu akhirat juga. Jadi anak-anak berguna dunia akhirat. Jadi anak-anak yang soleh dan solehah. Ummi nak anak-anak ummi tahu yang ummi sayangkan anak-anak ummi sangat. Ummi cakap begini sebab ummi nak korang tahu bertapa sayangnya ummi dekat korang walaupun ummi belum berkahwin, belum hidupnya kamu dalam perut ummi, belum bentuk rupa kamu dalam perut ummi, belum tentu hidup atau mati kamu dalam perut ummi, mahupun belum tentu ummi hidup sebelum kenal suami dan anak-anak ummi di masa akan datang. Ummi sayangkan korang sangat. Maafkan ummi sekiranya ummi buat silap sebelum ummi mengandungkan kamu. Tapi ummi tetap sayangkan anak-anak ummi. Doa ummi walaupun anak-anak ummi masih belum bentuk lagi. Belum ummi nampak future tu. Ummi sentiasa doakan yang anak-anak ummi berjaya, soleh, beriman pada ALLAH SWT. Ingat pesan ummi. DIA yang bentuk. DIA yang mencipta. DIA yang memberi. Sekiranya kita tidak suka. Without hesitate, ALLAH akan tarik balik.Sekiranya ummi bertemu ajal ketika kamu membesar. Jaga ayah kamu. Sayangi dia juga. Jangan ambil kesempatan kepada yang menyanyangi kita dengan ikhlas. Berjaya? Ucap Alhamdulillah. Tak berjaya? Ucap Alhamdulillah. Setiap percakapan dan perbuatan kita. ALLAH nampak. Sampai di sini saja pesan ummi. Ummi sayangkan anak-anak ummi sangat.

Wassalam..

No comments: